//Simple is better

Bonjour!
Hey ! Good days to you!


Welcome to my cute blog . You've stuck in my unprivate diary. Be nice here or I call My Superman to kill you!.

Status : Sedih, sakit hati, kecewa, penat dan putus asa. Itulah yang saya tanggung sekarang :')


Tagboard
Footprints here!


Im just an ordinary girl who live with wonderful family and friends :)

Credits

Basecode: Nadya.
Full edit: SitiSyuhadah
Re-Edit by: Fyka

Kita kawan sampai Mati :)
Masuk tahun ni dekat 9 tahun kita berkawan . Selama 9 tahun tu , dah banyak benda aku tahu pasal kau . Selama 9 tahun tu , aku dah banyak cerita pasal life aku dekat kau . Selama 9 tahun tu , kau sentiasa tolong aku . Selama 9 tahun tu jugak , kau sentiasa ada di sisi aku .

Kita kawan memang dari usia kita 5 tahun . Tapi kita start rapat masa darjah dua agaknya . Sorry aku lupa sejak bila kita rapat . Banyak benda kan yang kita buat time tuu .

Aku rasa start dari darjah 4 atau darjah 5 aku dah pergi dan balik sekolah jalan kaki . Mula-mula tu dengan Cikgu Shima , Hasif , Fahmi ,Luqman , kau tapi dah lama-lama tu aku jalan kaki dengan kau je . Aku ingat lagi macam mana kau panik bila time tu aku menggigil sebab kena hujan masa kita balik dengan Hasif . Sampai kau suruh Hasif beli Bye-bye Fever . Tapi kau tak beli sebab kau tak cukup duit .

Ya Allah , seriously aku terharu gila time tu . Aku menangis dohh sebab terharu gila . Tapi kau tak perasan sebab hujan kan . Kau tak dapat agak itu air hujan ke air mata aku .

Aku tak tahu laa sejak bila kau selalu datang rumah aku tiap-tiap malam . Mungkin dari tahun lepas kut . Aku pun selalu jugak mintak tolong kau buat itu , ini sampai kau kene datang rumah aku segala . Aku minta maaf lahh sebab tak dapat bawak kau masuk dalam rumah . Tak manis kalau orang nampak *poyonye ayat akuu*.

Tapi tahun ni makin kerap datang rumah aku . Biasanya dalam pukul 7 or 8 kau datang . Sekejap je punn , tak lama . Mak aku selalu tanya 'Dah jumpa kat sekolah , kat rumah pun nak jumpa lagi ke?' Aku tahu mak aku sindir tapi aku buat-buat pekak . Mak aku tak tahu kau dgn aku ni nama je satu sekolah tapi macam kita jarang jumpa . Jarang sangat .

Kau ingatkan IM kita yang atas ni dekat facebook ? Kau tanye aku rindu kau . Eh gilee , mestilah aku rindu dekat kau . Kaulah tempat aku cerita masalah aku , cerita cinta akuu tuu . Kau ni dah macam diari aku pulak . Hihi .

Kadang/2 semua benda yang aku lalu semua ada kene mengena dengan kau . Tapi takpe lahh kan . Aku pun tak kisah sangat sebab nanti kalau aku ada problem , aku boleh cerita dekat kau .

Even cerita cinta aku pun aku cerita dekat kau jugakk . Mana tak aku tak cerita dekat kauu . Ex boyfriend aku tu dahlah BFF kau jugakk . Semua cerita kau tahu . Kau jugak kan yang kenalkan aku dengan dia ? Hmm , thanks lahh wehh . Tapi nak buat mcm mne , aku tak boleh dengan dia . Dia pun milik orang lain , kawan sendiri pulakk tu .

Aku nak cakap terima kasih sebab kau sudi jadi kawan terbaik dalam hidup aku . Walaupun kau ni annoying *sometimes* , kau sebenarnya baik . Lagi-lagi masa kau belikan aku burger tu . Kau belikan untuk family aku lagi . Haihh , nasib baik family aku 4 orang jehh . Kalau 10 orang , mahu tak bankrup kau , hihi . Lain kali beli lagii okengg ?

Aku nak cakap terima kasih lagi sebab setia ada dekat sisi aku masa aku susah senang . Aku tahu kau try nak jadi kawan terbaik akuu . Kau memang kawan terbaik akuu wehh . Kau sentiasa beri semangat kat aku , selalu nasihatkan aku , selalu beri pandangan sebagai seorang kawan baik .

Aku nak minta maaf dekat kau . Ye lahh sepanjang 9 tahun kita berkawan , mestilah aku dah banyak sakitkan hati kau . Buat kau kecik hati kee kann ? Aku tahu kau tak pernah merajuk dengan akuu tapi aku selalu merajuk dengan kau . Dan semestinya selepas itu , kau akan pujuk akuu .

Aku cuma nak kau tahu satu benda je . Aku hargai persahabatan kita yang dah terjalin selama 9 tahun ni . Dan untuk kesekian kalinya aku nak cakap thanks untuk semuanya . Semua pertolongan yg kau dah kasi , semua perhatian yg kau dah bagi , semua nasihat dan dorongan . Aku tak tahu apa yang akan jadi kalau kau takde . Terima kasih Abdul Rahman bin Zahari .


Older Post | Newer Post